Wednesday, 1 October 2014

the reason


"Ina percaya awak boleh Ti"



It was probably the only reason that I dare to pick up the dream I have been dreaming for so long and make it a goal instead. 

Semuanya sebab "Ina percaya awak boleh Ti"

When my sisters didn't believe that I can, when nobody believe that I can, when I believe that I can't..

Thank you, for always believing in me, even more than I believe in myself.


:)



Saturday, 27 September 2014

PROSES MEMOHON TAJAAN PASCASISWAZAH MARA/PROSES MENYAMBUNG BELAJAR OBERSEEEEEEEEE

pheeeeewwww seriusnya tajuk entri saya. hahhhh

right, so A LOT of people have been asking me on the process of applying MARA. pelik kan how i got it? like how this mangkuk from kampung can get MARA how how HOWWWW??? hahh aku pun pelik jugak. tapi ya ini kan namanya rejeki lhoo. so...

PRE-REQUIREMENTS
1. malaysian
2. age must not be more than 35 if u wanna do masters degree, 40/45 i'm not sure if you wanna do PhD.
3. CGPA 3.5 dan ke atas. ha walaupun kakak nampak macam bangang sikit, tapi CGPA kakak 3.7 ko tau.

ni ja yang saya ingat.


APPLYING
1. it is advisable that you apply uni first before applying for MARA. macam mana nak apply uni? buka website uni dan cari lhoo. list of unis masa time aku MARA yang keluarkan, kalau tak dia ikut ranking top 100 universities, macam sini.
2. MARA biasanya buka application around February-March. kena alert dan check website dia hari-hari (macam aku/dengan anxiousnya), so bila dah dah buat pengumuman tu, boleh la apply online.
3. after a month macam tu, dia akan keluarkan list sesiapa yang berjaya, kena buat ujian psikometrik dan interview. my time ujian psikometrik buat online and ada interview. Bazrina's time ujian psikometrik buat di kolej mara dan tiada interview, so dia lain-lain setiap tahun.

  •     masa interview, kena confidence. suara jelas, eye contact apa semua. dia akan test awak punya problem solving skill, jadi fikir halus-halus nak selesaikan masalah tu macam mana, kalau boleh relate dengan situasi yang kita sendiri pernah alami. yang penting jangan berdebar lain macam. karang awak terkentut dia bau awak malu. 
  • bawak ilmu agama lebih sikit. doa-doa yang kita nak ajar anak kita nanti kena tahu ("bayangkan nanti awak bawak anak g makan KFC, lepas makan baca doa apa? bacakan doa tersebut"/soalan aku. serius ni.) . rukun nikah rukun semayang rukun Islam kena tahu. surah-surah lazim, nama-nama malaikat, sifat-sifat Allah, hmm boleh la tu nak baca balik buku pendidikan islam darjah tiga.
  • DISCLAIMER : bentuk soalan mungkin berbeza setiap tahun.
4. lepas interview dalam nearly two months macam tu, baru keluar result betul-betul. terbayang-bayang lagi betapa berdebar nak mampusnya saya masa check result haritu. hahhh. time ni awak kena pastikan yang AT LEAST awak dah ada conditional offer dari uni.

5. dia akan bagi borang-borang baru yang awak kena isi, lepas tu isi hantar balik kat dia. (dah boleh slow-slow apply visa, nak apply visa kena buat TB test dekat klinik. klinik yang dibolehkan boleh tengok dekat website UKVISA tersebut)

6. lepas awak isi and hantar balik, dia akan email kan perjanjian and a few other documents dekat awak, they will give you a week to fill it up and send it back to them. masa ni agak hectic, sebab so many things to fill up and so many places to go. tapi relax tarik napas panjang-panjang and buat la satu-satu. masa ni dah kena ada unconditional offer.

7. after a month or less, depends, (dalam perjanjian kata 7-21 working days) lepas hantar perjanjian, kalau perjanjian kita tak ada masalah MARA akan bagi duit. yahuuuuu! dia bagi the first 6 months' allowance, book allowance, and a few other allowances, total dalam 40k plus plus (berbeza ikut orang)

8. sebab aku tak mahu hassle, aku minta mara belikan flight ticket, jadi terbanglah saya ke sini selepas itu.


hmm.. what else eh? haa, mara ada minta kita buat medical check up. banyak orang salah anggap, mara tak minta kita buat tb test, ukvisa yang suruh. so jangan campur. medical check up lain, tb test lain.

buat graduan yang tak berapa nak mintak duit emak ayah macam saya ni, kena simpan sikit duit.  dalam 3-5 ribu, sebab perjalanan kita banyak, visa, TB test, kalau yang duduk luar KL duit tiket bas, so memang kena banyak pakai duit la, aku dulu nasibla dah kerja for a few months, jadi bolehla simpan sikit. tapi jangan risau, visa boleh claim. heh.

dah dekat-dekat nak datang sini, jangan layan telifon sangat. spend time dengan emak ayah banyak sikit. telifon sini ada. mak ayah sini tak ada T____________________________T

pictures:

semua adik beradik aku, they came :'(

dari Amsterdam-Leeds, subhanallah! hashtag nofilter sikittt


sesampainya di Leeds, disambut oleh this squishy human being.


at manchester airport, sending suraya back to her natural habitat


with her Manchester friend. kaki ina...


situasi sebenar





we went to the old trafford after! tak plan pun nak ikut stadium tour tu sebab aku tak minat boler boler ni. tapi dia bagi discount student. saya tak minat bola tapi saya minat diskaun jadi...

we also went to bicester village. kahhh nak menangis tengok harga barang dia. bicester village tu tempat jual barang brand. jangan pergi.oh ni gambar makan bihun tomyam dekat bicester village. tak ada brand.

dari manchester kami ke birmingham. this is with her housemate, nisa. aku duduk birmingham tumpang rumah depa lah :)

londonnnn weyyyy orang kuboq panjang p london weyyy ahjfbahfjdhd hahahah

kami juga ke hyde park london untuk melipat baju.

ni depan rumah ina. tak boleh ambik gambar bumbung sebab ada kereta nisa. bumbung ni la yang aku duduk tengok hari2 dalam google street view dulu. hahah cant believe i was here!


bajet pelancong sikit. birmingham is a very beautiful city!

bergambar bersama rumput dengan penampilan khas lubang hidung ina

sending bazrina pulak to her natural habitat. benci ina diulangi BENCI INA AVBDSHDFHJSJNJF
oh ni semua housemates ina. dari kanan nisa, hanim, wahida, wani, buncit.

lepas tu hari ni aku pergi kedai cina. i have found my little haven. tapi kenapa awaaaa 3 pounds?

walaupun nampak halus tapi makan serupa jin jugak.


k tu saja. maafkan gaya penulisan saya jika tidak menepati selera anda. jangan makan.






p/s tipu ja, rindu ina














Tuesday, 26 March 2013

sometimes i just need everybody to get the fuck out of my face.




















period.

Sunday, 3 March 2013

truth about us human.

truth is, we are greedy. we want things. most of it we cant afford. orang miskin mahukan barang yang mahal-mahal. orang sakit mahukan badan yang kental-kental. orang sibuk mahukan masa yang santai-santai. orang rindu?











mungkin mahu masa bertemu.




al-fatihah, Ira. i miss you.

penghargaan terakhir untuk sahabat.

tentang malam itu.

pukul 12 malam macam tu, aku dengan ina baru sampai bilik. dari KLCC. memang balik tu nak tidor la. penat. bukak lampu bukak kipas, lepastu ena kol ina. bercakap-bercakap. "innalillah" kata ina. lepas ina letak telefon, muka dia pucat amat. kenapa? aku tanya. ina kata "bonzer dah tak ada". lepas tu dua-dua orang diam. bengong. this is mira all again. tak percaya. sampai aku whatsapp nombor bonzer. tapi tak berbaca.
aku masih tak percaya. so aku tunggu updates dekat facebook, dekat twitter. bila ena, mang, mamat pos pasal kematian bonzer, then i realize its true. masa tu aku bengong lagi. lepas tu aku baring. nak tidor. ina baring. menangis. ina dengan bonzer rapat. bonzer "guardian angel" ina. kami selalu gosip ina dengan bonzer dulu. tapi aku tahu, bonzer sayang ina macam adik dia. ina meraung sampai bodoh. aku tak tahu nak buat apa.
"jom pi tengok dia"

aku kata. jam 1 pagi. gila. jadi aku cari member. puas mikir siapa lagi member yang duduk KL. takkan nak pergi berlima (cadangan: aku, ina, peah, ena, mira) perempuan saja. takut jugak. journey jauh. cho. cho duduk subang. boleh follow kalau dia nak pergi. lepas tu peah, mira tak reply. bodoh juga. dah pukul 1 lebih. dia orang mesti dah tidor. ena balik rumah pula. abah dia tak bagi keluar. jadi kami dua. sory ena, peah dengan mira. aku tau ena nak ikut sangat. peah pun nak ikut, tapi dia reply mesej time kami dah dekat genting sempah. so tak boleh nak buat apa. aku nak cadangkan cho naik kereta sekali. but i know prinsip ina, kalau dia tengah waras mesti dia kata takboleh lelaki naik sekali, perjalanan jauh gitu. tapi ina tengah bengong. lepas tu limy "like" update aku dekat facebook. aku tanya dia "dekat mana, nak pergi tengok bonzer tak?" dia kabor dekat subang. dekat sangat dengan cho. jadi sudahnya, aku, ina, cho dengan limy. sebab subang jauh so diaorang datang redah sejuk pagi sampai putrajaya. so journey mula dari situ.

tentang bonzer.

bonzer. mula-mula jumpa adalah dalam awal tahun 2008. masa itu jason cari ina. aku menyemak saja. penubuhan De-Mahameru. mesyuarat dalam dewan kuliah utama. aku dilantik setiausaha. pelik jugak aku bila jumpa orang-orang ni. pelik. jason, mang, bonzer, khai, munir, limy, zeri, and some other people i dont remember being in the meeting. maybe sebab aku bukan "orang muzik" jadi aku tak faham macam mana mereka bekerja. they're very loud. suka sungguh menyuarakan pendapat. waktu tu belum pun setahun aku di  terengganu. jadi level pemahaman aku rendah.

bonzer. mulut manis. always bring the best out of people. suara sedap. macam broery marantika. peminat tegar A7X (atau bukan peminat tegar, tetapi dia asyik suruh aku dengar band tu). lagu favourite dia --a lonely road....something2. bonzer berlainan cara dia layan perempuan dengan lelaki. dengan perempuan dia lembut. tapi suka mengusik. ina especially. haha. budak-budak band yang lain selalu anggap aku lelaki --macam mang semalam suruh aku salam ngan zeri. bodo mang. tapi bonzer tak. he's like a big brother to all of us.

when we're apart, dia nak sangat kita bersama balik. reunion--reunion--reunion. selalu dia cakap pasal reunion. sampai aku dengar dia sanggup support budak-budak, janji balik untuk reunion. aduhai bonzer. walaupun semalam bonzer tak ada, tapi akhirnya hajat dia tercapai. kami betul-betul berkumpul. untuk jumpa bonzer dan bagi penghargaan dekat dia. for the last time. mahal sungguh harga penyatuan kami.

paling aku kasihan, family bonzer --Allah.. pilu sangat suasana bila ahli keluarga dipanggil untuk cium dia kali terakhir. mama dia cium muka dia. lama. lepas tu diusap-usap tangan berbalut bonzer. tak berhenti mama dia menangis. adik-adik dia sampai pitam. "mintak maafla, mama tak sempat nak bersembang" (atau sesuatu yang lebih kurang) mama dia kata sewaktu kami salam dia, lepas pengkebumian. bonzer banyak ikut muka mama dia. sweet. aku tak tahu dia ada berapa semuanya tapi aku tahu dia anak sulung. harapan keluarga. kehilangan yang sangat besar. tapi sekurang-kurangnya, he's been very well taken care of. everything was done in the best way possible. semua orang menolong hingga jasad dia selamat dikebumikan. Alhamdulillah. semoga ditempatkan di kalangan orang yang beriman, bonzer.

tentang De-Mahameru.

kitaorang berkumpul dekat warung Mok Nah. muka-muka yang lama gila tak tengok. they came. from all over. semua orang buat-buat gembira. mengusik --sake asyik kena bahan. puhahaha. lepas mang dah sampai (dari kuantan) kitorang gerak ke besut. all of them helped in every way. zeri dengan faid memang dah tunggu di besut, selesaikan apa yang patut.

lepas dah selesai semua urusan, sebab aku dengan ina lapar sangat, so kitorang pergi makan dekat tepi pantai dekat besut. and we talked and talked. so sekarang bob dah ada awek. faid dah jadi metrosexual. mang dah gemuk. sharman still macam bangla kah kah. sake--

diorang masih macam dulu. the guys that i am most comfortable with. they are surprised that i dont make any guy friends like them here. ya la, dulu aku solo. sekarang dah berdua kah kah.

tapi yang lainnya sekarang, kebanyakan mereka dah kerja. means diorang dah ada duit. kami makan semalam semua faid yang belanja (tapi dia kata balik ni kena jual punggong. hmm) tapi mang still lagi tak bayar hutang aku rm 2 tahun 2009. semalam time nak bayar dia keluarkan duit rm1, 5 keping. baki BR1M katanya. aku syukur mang tak berubah.

bob dengan shaman habis belajar tahun 2015. by then aku harap sangat kita masih rapat lagi. and aku harap junior-junior pun bangang macam kita-kita jugak, senang nak tampar kepala bila jumpa nanti.

tentang journey.

so pemandu adalah aku dengan limy. sebab limy kurang sihat, so dia bagi aku bawak dari gua musang onwards. balik ikut jalan gua musang-kuala lipis sebab limy kata kalau dari besut lagi dekat ikut jalan tu. jalan dia bangang gila. tak ada lampu, banyak lori, jalan kampung 1 lane. ya ampun kecut peranakan aku bawak kereta semalam. lepas berhempas pulas dari pukul 8-12 finally dapat jugak naik highway. aku time tu da ngantuk gila babi. akhirnya terpaksa jugak panggil limy drive balik sebab aku hampir pengsan hahaha.

thanks abang mawardi dengan abang rosmadi payung kitaorang. minyak, tol, makan semua. thanks yang paling besar limy sebab drive. kalau aku sorang drive memang taksampai la teganu. thanks cho sebab tidor. dan bagi duit. dan teman kitorang. dan buat lawak bodoh bagi kitorang tak sedih.

aku harap sangat nanti kita boleh buat proper reunion. 1 or 2 days je pun dah boleh. we have such a great friendship guys. treasure it. bak kata limy, takkan tunggu mati dulu baru nak berkumpul. kan?


Friday, 27 July 2012

ya Allah yang Maha Besar, tolong jauhkan aku daripada fikiran yang negatif.

Saturday, 14 July 2012

funny how i always thought that "us against the world" is always going to be our song. funny how we have to wait for another life to keep our promises now.