Tuesday 26 March 2013

sometimes i just need everybody to get the fuck out of my face.




















period.

Sunday 3 March 2013

truth about us human.

truth is, we are greedy. we want things. most of it we cant afford. orang miskin mahukan barang yang mahal-mahal. orang sakit mahukan badan yang kental-kental. orang sibuk mahukan masa yang santai-santai. orang rindu?











mungkin mahu masa bertemu.




al-fatihah, Ira. i miss you.

penghargaan terakhir untuk sahabat.

tentang malam itu.

pukul 12 malam macam tu, aku dengan ina baru sampai bilik. dari KLCC. memang balik tu nak tidor la. penat. bukak lampu bukak kipas, lepastu ena kol ina. bercakap-bercakap. "innalillah" kata ina. lepas ina letak telefon, muka dia pucat amat. kenapa? aku tanya. ina kata "bonzer dah tak ada". lepas tu dua-dua orang diam. bengong. this is mira all again. tak percaya. sampai aku whatsapp nombor bonzer. tapi tak berbaca.
aku masih tak percaya. so aku tunggu updates dekat facebook, dekat twitter. bila ena, mang, mamat pos pasal kematian bonzer, then i realize its true. masa tu aku bengong lagi. lepas tu aku baring. nak tidor. ina baring. menangis. ina dengan bonzer rapat. bonzer "guardian angel" ina. kami selalu gosip ina dengan bonzer dulu. tapi aku tahu, bonzer sayang ina macam adik dia. ina meraung sampai bodoh. aku tak tahu nak buat apa.
"jom pi tengok dia"

aku kata. jam 1 pagi. gila. jadi aku cari member. puas mikir siapa lagi member yang duduk KL. takkan nak pergi berlima (cadangan: aku, ina, peah, ena, mira) perempuan saja. takut jugak. journey jauh. cho. cho duduk subang. boleh follow kalau dia nak pergi. lepas tu peah, mira tak reply. bodoh juga. dah pukul 1 lebih. dia orang mesti dah tidor. ena balik rumah pula. abah dia tak bagi keluar. jadi kami dua. sory ena, peah dengan mira. aku tau ena nak ikut sangat. peah pun nak ikut, tapi dia reply mesej time kami dah dekat genting sempah. so tak boleh nak buat apa. aku nak cadangkan cho naik kereta sekali. but i know prinsip ina, kalau dia tengah waras mesti dia kata takboleh lelaki naik sekali, perjalanan jauh gitu. tapi ina tengah bengong. lepas tu limy "like" update aku dekat facebook. aku tanya dia "dekat mana, nak pergi tengok bonzer tak?" dia kabor dekat subang. dekat sangat dengan cho. jadi sudahnya, aku, ina, cho dengan limy. sebab subang jauh so diaorang datang redah sejuk pagi sampai putrajaya. so journey mula dari situ.

tentang bonzer.

bonzer. mula-mula jumpa adalah dalam awal tahun 2008. masa itu jason cari ina. aku menyemak saja. penubuhan De-Mahameru. mesyuarat dalam dewan kuliah utama. aku dilantik setiausaha. pelik jugak aku bila jumpa orang-orang ni. pelik. jason, mang, bonzer, khai, munir, limy, zeri, and some other people i dont remember being in the meeting. maybe sebab aku bukan "orang muzik" jadi aku tak faham macam mana mereka bekerja. they're very loud. suka sungguh menyuarakan pendapat. waktu tu belum pun setahun aku di  terengganu. jadi level pemahaman aku rendah.

bonzer. mulut manis. always bring the best out of people. suara sedap. macam broery marantika. peminat tegar A7X (atau bukan peminat tegar, tetapi dia asyik suruh aku dengar band tu). lagu favourite dia --a lonely road....something2. bonzer berlainan cara dia layan perempuan dengan lelaki. dengan perempuan dia lembut. tapi suka mengusik. ina especially. haha. budak-budak band yang lain selalu anggap aku lelaki --macam mang semalam suruh aku salam ngan zeri. bodo mang. tapi bonzer tak. he's like a big brother to all of us.

when we're apart, dia nak sangat kita bersama balik. reunion--reunion--reunion. selalu dia cakap pasal reunion. sampai aku dengar dia sanggup support budak-budak, janji balik untuk reunion. aduhai bonzer. walaupun semalam bonzer tak ada, tapi akhirnya hajat dia tercapai. kami betul-betul berkumpul. untuk jumpa bonzer dan bagi penghargaan dekat dia. for the last time. mahal sungguh harga penyatuan kami.

paling aku kasihan, family bonzer --Allah.. pilu sangat suasana bila ahli keluarga dipanggil untuk cium dia kali terakhir. mama dia cium muka dia. lama. lepas tu diusap-usap tangan berbalut bonzer. tak berhenti mama dia menangis. adik-adik dia sampai pitam. "mintak maafla, mama tak sempat nak bersembang" (atau sesuatu yang lebih kurang) mama dia kata sewaktu kami salam dia, lepas pengkebumian. bonzer banyak ikut muka mama dia. sweet. aku tak tahu dia ada berapa semuanya tapi aku tahu dia anak sulung. harapan keluarga. kehilangan yang sangat besar. tapi sekurang-kurangnya, he's been very well taken care of. everything was done in the best way possible. semua orang menolong hingga jasad dia selamat dikebumikan. Alhamdulillah. semoga ditempatkan di kalangan orang yang beriman, bonzer.

tentang De-Mahameru.

kitaorang berkumpul dekat warung Mok Nah. muka-muka yang lama gila tak tengok. they came. from all over. semua orang buat-buat gembira. mengusik --sake asyik kena bahan. puhahaha. lepas mang dah sampai (dari kuantan) kitorang gerak ke besut. all of them helped in every way. zeri dengan faid memang dah tunggu di besut, selesaikan apa yang patut.

lepas dah selesai semua urusan, sebab aku dengan ina lapar sangat, so kitorang pergi makan dekat tepi pantai dekat besut. and we talked and talked. so sekarang bob dah ada awek. faid dah jadi metrosexual. mang dah gemuk. sharman still macam bangla kah kah. sake--

diorang masih macam dulu. the guys that i am most comfortable with. they are surprised that i dont make any guy friends like them here. ya la, dulu aku solo. sekarang dah berdua kah kah.

tapi yang lainnya sekarang, kebanyakan mereka dah kerja. means diorang dah ada duit. kami makan semalam semua faid yang belanja (tapi dia kata balik ni kena jual punggong. hmm) tapi mang still lagi tak bayar hutang aku rm 2 tahun 2009. semalam time nak bayar dia keluarkan duit rm1, 5 keping. baki BR1M katanya. aku syukur mang tak berubah.

bob dengan shaman habis belajar tahun 2015. by then aku harap sangat kita masih rapat lagi. and aku harap junior-junior pun bangang macam kita-kita jugak, senang nak tampar kepala bila jumpa nanti.

tentang journey.

so pemandu adalah aku dengan limy. sebab limy kurang sihat, so dia bagi aku bawak dari gua musang onwards. balik ikut jalan gua musang-kuala lipis sebab limy kata kalau dari besut lagi dekat ikut jalan tu. jalan dia bangang gila. tak ada lampu, banyak lori, jalan kampung 1 lane. ya ampun kecut peranakan aku bawak kereta semalam. lepas berhempas pulas dari pukul 8-12 finally dapat jugak naik highway. aku time tu da ngantuk gila babi. akhirnya terpaksa jugak panggil limy drive balik sebab aku hampir pengsan hahaha.

thanks abang mawardi dengan abang rosmadi payung kitaorang. minyak, tol, makan semua. thanks yang paling besar limy sebab drive. kalau aku sorang drive memang taksampai la teganu. thanks cho sebab tidor. dan bagi duit. dan teman kitorang. dan buat lawak bodoh bagi kitorang tak sedih.

aku harap sangat nanti kita boleh buat proper reunion. 1 or 2 days je pun dah boleh. we have such a great friendship guys. treasure it. bak kata limy, takkan tunggu mati dulu baru nak berkumpul. kan?